Monday, February 14, 2011

Dell Alienware Area-51 ALX

"The Most Powerful Alienware Desktop Ever"


Sejarah Alienware

Mendengar kata-kata ini pasti membuatkan anda semua tertanya-tanya apakah yang begitu istimewa dengan desktop keluaran Alienware ini. Sejarah Alienware ini bermula apabila Nelson Gonzalez dan Alex Aguila mengasaskan Alienware, yang menghasilkan desktop, notebook dan pembuatan desktop secara 'custom-made' pada tahap maksimum. Menurut kakitangan Alienware, nama Alienware muncul apabila pengasasnya tertarik pada siri 'The X-File'. Alienware merupakan satu organisasi yang berada di bawah syarikat Dell. Alienware berpangkalan di The Hammocks, unincorporated Miami-Dade County, Florida berhampiran Miami.

Alienware Area-51 ALX

Pada harga bermula $3999 atau lebih kurang RM12,000, pasti anda semua akan terkejut dengan harga desktop ini yang melampau  mahal. Namun, dengan harga ini, pihak Alienware telah memberikan anda prestasi terbaik dan tidak mungkin dapat disaingi syarikat-syarikat komputer yang lain. Model Alienware ini (Area-51 ALX) merupakan dekstop terpantas pernah dihasilkan oleh pihak Alienware.


Antara ciri istimewanya termasuklah:
i) Exclusive ALX anodized space black chassis, featuring a motorized drive door. Bermaksud 'casing' desktop ini telah diselaputi dengan cas-cas positif dan mempunyai fungsi pintu bermotor. Ini bermaksud bahagian hadapannya boleh dibuka dengan hanya menekan butang yang tertentu.

II) Complete domination standard: Includes Alienware TactX™ Keyboard, TactX Mouse and TactX Headset. Bersedia untuk tergamam dengan rekaannya yang begitu unik dan futuristik. Dan untuk info tambahan, keyboard dan mousenya mempunyai pelbagai skema warna dan pencahayaan yang berbeza. Bermaksud anda boleh memilih warna lampu yang akan dinyalakan pada keyboard dan mouse anda melalui perisian yang terdapat di dalam sistem Alienware di desktop tersebut.







Spesifikasi bagi model Alienware Area-51 ALX ini adalah seperti berikut:

Processor: Intel Core i7X 980X (4GHz, 12MB L3 cache)
RAM (Random Access Memory): 12GB Tri-Channel DDR3 SDRAM 1600MHz, 3 DIMMS (Dual In-    Line Memory Module)
Operating System: Windows 7 Ultimate 64-bit (Alienware System)
Hard Drive: 2000GB (2 Terabyte) SATA II Hard Drive (7200RPM)
Optical Drive:
i) Single Optical Disc Drive Option
6X Dual Layer Blu-Ray Disc (BD-RE, DVDRW, CD-RW
ii) Dual Optical Disc Drive Option 
24X Dual Layer Burner (DVDRW)
6X Dual Layer Blu-Ray Disc (BD-RE, DVDRW, CD-RW)
Graphic Card: 2048MB ATI HD6950 Radeon
Motherboard: Alienware Approved Intel X58 ATX Motherboard
Processor Cooling: High-Performance Liquid Cooling

Buat pengetahuan anda, dekstop ini memerlukan sistem cooling menggunakan air bagi mengawal haba yang dihasilkan oleh komponen-komponen koomputer ini yang beroperasi pada tahap maksumim. Komponen-komponen ini amat sensitif kepada haba. Jadi, sistem penyejukannya dapat menstabilkan suhu dalaman komputer dan membolehkan komputer Alienwware ini menaburkan jasanya kepada anda.

0 comments:

Post a Comment