Friday, February 4, 2011

Sony Vegas Pro 10


Software Review : Sony Vegas Pro 10



Sony Vegas.. Mendengar nama ini, pasti tidak ramai yang tahu tentangnya.. Namun, bagi para pakar IT dan celik pandai ICT, ia merupakan satu perkara biasa bagi mereka. Ini merupakan satu perisian pengeditan video yang terkini dan mempunyai ciri-ciri pengeditan profesional. Dikeluarkan oleh syarikat elektronik gergasi, Sony, tidak banyak yang boleh dipersoalkan tentang perisian ini. Ia adalah lengkap dan mudah untuk difahami. Lupakan perisian-perisian lama seperti Windows Movie Maker, Ulead Video Studio, Swishmax dan sebagainya. Jadikan Sony Vegas sebagai pilihan anda kerana anda pasti akan jatuh cinta padanya pada kali pertama menggunakannya. Memenuhi semua kehendak anda, anda boleh melakukan pelbagai perkara pada video anda sesuka hati. Terdapat pelbagai Video FX (effect) dan Transition yang berbentuk 3D untuk digunakan oleh anda.


Pihak Brianz telah pun menggunakannya, dan amat menyukainya. Kami menggunakan jenis yang terbaru iaitu Sony Vegas Pro 10. Perisian ini akan digunakan bagi menyiapkan projek rahsia kami. Perisian ini dijual di pasaran dengan harga lebih kurang $599.90. Namun, beruntung bagi pihak celik IT Brianz yang berjaya mendapatkan perisian ini dengan percuma. Tidak perlu diketahui bagaimana, namun ia adalah berbaloi untuk dibeli dan digunakan. 

Rating: 8.5/10

1 comments:

Post a Comment