Monday, February 14, 2011

Nvidia Geforce GTX580

Fast. Quiet. Deadly

Nvidia membuktikan penguasaannya dalam bidang penghasilan kad grafik yang berkuasa tinggi bagi menundukkan musuh seterunya, ATI. ATI yang tekenal dengan model HD Radeon ternyata bukan lawan bagi kad Nvidia siri Geforce GTX ini. Dianggap sebagai kad GPU (Graphic Processing Unit) terpantas di dunia buat masa kini, ia menampilkan beberapa ciri estetika dan fungsi yang menakjubkan. Ia mampu menyokong DX11 (Direct X 11) iaitu sebuah teknologi dalam penghasilan visual-visual tinggi. 




Kad Nvidia GTX 580 ini juga menyokong teknologi 3D Surround dalam permainan-permainan video unggul masa kini seperti Just Cause 2, Crysis dan sebagainya yang menggunakan teknologi 3D untuk menyerlahkan lagi permainan video mereka. Dengan adanya teknologi 3D ini, grafik tersebut akan kelihatan seolah-olah terkeluar dari skrin dan hampir mengenai anda. Justeru itu, pengalaman dalam bermain permainan menggunakan 3D ini pastinya mengujakan anda. Konsep 3D Surround ini ialah dengan menggunakan 3 monitor yang berbeza yang disatukan menjadi satu unit paparan. Bermaksud ketiga-tiga monitor ini bergabung untuk menghasilkan satu gambar yang lebih luas dan realistik. Resolusi paparan juga akan menjadi lebih tinggi iaitu kira-kira 6100x1080. Bayangkanlah betapa luasnya paparan visual itu!




Bagi mengalami visualisasi 3D itu, anda haruslah memiliki kit 3D keluaran Nvidia. Ia dijual pada harga kira-kira $199 atau lebih kurang RM600. Di dalam kit itu terdapat:

1) Sepasang cermin mata 3D, dengan saku simpanan, boleh dilaras mengikut keselesaan dan kain pencuci mikrofiber.
2) Pengawal USB 3D Vision
3) 5" VESA stereo headset
4) 10" DVI-HDMI kabel
5) Kabel pengecas 6"
6) Nota panduan
7) Installation CD

Antara permainan video yang menggunakan teknologi 3D Nvidia ini ialah:

1) Battlefield Bad Company 2
2) Batman: Arkham Asylum
3) Dead Rising 2
4) Mafia II
5) Metro 2033: The Last Refuge
6) Tom Clancy's H.A.W.X 2


0 comments:

Post a Comment